Showing posts with label Seorang. Show all posts
Showing posts with label Seorang. Show all posts

Saturday, 29 October 2016

Cemburu Seorang Perempuan

Cemburu Seorang Perempuan
By:"Siti Hazneza Abdul Hamid"
Published on 2003-11-01 by Creative Enterprise Sdn Bhd

E-book Library:"Malay fiction"

Tidak sulit beristeri dua, Dhiya’... kiranya yang kedua itu ialah dirimu. Kiranya yang kedua itu penuh reda sepertimu... Isteri, di wajahnmu ada syurga... yang di dalamnya beralun tenang alirannya dan sesekali kau rindu... namun yang sesekali itu, aku seringnya tidak mempu untuk memenuhinya. Kasih sayang kita ada sempadan yang memisahkan, hingga ruang-ruang intim antara kita... aku lemas sebelum waktunya. Andainya syurga buatmu, lalu aku harus menjadi suami bagaimana... selayaknya aku di mana? Dan adakah syurga buat suami sepertiku... suami yang sering gagal meletakkan keadilan di dalam rumah tangga. Isteri... melamarmu menjadi isteri kedua adakah suatu yang dinamakan kesilapan, bila tatkala kesempurnaanmu menjadikan aku seorang suami yang gagal...

This Book was ranked 40 by Google Books for keyword wanita manis.

Thank you
E-Book University

Wednesday, 12 August 2015

Hati Seorang Wanita

Hati Seorang Wanita
By:"Norhayati Berahim"
Published on 2003 by Alaf 21

E-book Library:"Malay fiction"

Dia dilahirkan diluar kemahuan ayah dan ibunya. Namun, dia pasrah dengan ketetapan ILAHI walau dendam terus menghuni di hati. Perkahwinan yang diatur kiranya tidak menjanjikan apa-apa. Bagi dia, suami milik isteri yang abadi. Mesti dikasihi sepenuh hati. Rupa-rupanya tidak ada apa yang dapat dipegang pada janji manis seorang lelaki. Sekian lama mencari di mana harga diri, di mana kesilapa diri, dia bangun semula bersama tekad di hati. Meski disingkir, meski diuji, namun jiwanya tak pernah mati. Bahagia mesti dicari, peristiwa pahit mesti dilupai kerana hati wanitanya percaya, esok masih ada cahaya, masih ada sinar bahagia.

This Book was ranked 1 by Google Books for keyword hati wanita.

Thank you
E-Book University