Showing posts with label Rindu. Show all posts
Showing posts with label Rindu. Show all posts

Monday, 25 April 2016

Hati Bergetar Rindu

Hati Bergetar Rindu
By:"Dhiya Zafira"
Published on 2011 by Alaf 21

E-book Library:"Malay fiction"

Hidup itu adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka janganlah ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yang sia-sia. Tetaplah tegar meski yang lain berguguran. Tetaplah tersenyum meskipun perjuangan ini terasa pahit dan berliku.Kerana DIA tidak akan mensia-siakan perjuangan kita. Ari ~ Bersamamu aku memahami makna bahagia, tetapi mengenalimu juga membawa aku ke lembah derita. Sesungguhnya, tiada insan yang mahu dikhianati. Lebih-lebih lagi daripada orang yang paling dipercayai. Sid ~ Segala jerih yang kita lalui, semoga ada senyum pada esok hari. Percayalah... kita semua hanya mahu bahagia. Percayalah... kebenaran hanya mampu dilihat oleh mata hati, dan Ari... yakinlah bahawa ALLAH sudah memilih yang terbaik buat kita. Ini kisah mereka yang mencari kebahagiaan. Kisah mereka yang terbeban dengan dosa silam. Kisah mereka yang mencari keampunan. Kisah mereka yang mahu mencari jalan pulang. Kisah mereka yang harus mengerti dan memahami apa ertinya makna sebuah perjuangan.

This Book was ranked 2 by Google Books for keyword hati wanita.

Thank you
E-Book University

Thursday, 31 March 2016

Benci Itu Rindu

Benci Itu Rindu
By:"Angela Ungkuan"
Published on 101-01-01 by Alaf 21

E-book Library:"Fiction"

Mariah gadis kampung yang tabah dan cekal menghadapi liku-liku kehidupan. Dia ditakdirkan lahir dalam keluarga yang serba kekurangan. Demi kasihnya terhadap keluarga, Mariah sanggup berkorban waima terpaksa melupakan cita-citanya. Sesungguhnya, takdir itu tidak pernah teramal. Nasib hidup Mariah berubah tanpa terduga apabila ditakdirkan bertemu jodoh dengan Azizan. Sangkanya panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Tatkala mengetahui Azizan berkahwin dengannya atas dasar ingin membalas dendam, hancur lebur sekeping hati Mariah. Parah luka hatinya bila harga diri jadi sendaan. Mahligai indah impiannya bergoncang, retak seribu ditiup ribut kekecewaan. Dendam Azizan akhirnya bertukar cinta. Dilupakan kisah masa lalu setelah menyedari hatinya sudah terpaut. Mariah cinta pertamanya. Sungguh hati lelakinya diburu kekesalan berpanjangan. Sukarnya meleburkan sekeping hati Mariah yang sudah membeku. Mampukah dia merawat kelukaan Mariah? Dapatkah Azizan mencantumkan semula keretakan mahligai cinta mereka?

This Book was ranked 38 by Google Books for keyword hati wanita.

Thank you
E-Book University

Monday, 21 September 2015

RINDU SYAHADAH-MU

RINDU SYAHADAH-MU
By:"RAIHAN ZAFFYA"
Published on 101-01-01 by Alaf 21

E-book Library:"Fiction"

Qistina Alia gadis berdarah Inggeris merasakan ada sesuatu yang pincang dalam kehidupannya. Kemewahan yang melimpah tidak memberi makna buatnya. Dia perlukan kasih sayang ibu bapanya yang tidak pernah ditemui sejak 19 tahun. Lantaran itu, dia nekad untuk mencari jawapan siapa ibu dan ayahnya yang sebenarnya. Dalam pencariannya, Qistina terpaksa melalui pelbagai konflik yang menguji diri. Paling hebat apabila keimanannya menjadi taruhan oleh orang yang tidak dikenali. Gadis yang masih rapuh iman itu cuba untuk bertahan. Hinggalah suatu ketika, dia benar-benar tercabar tatkala diculik dan dikurung di sebuah tempat yang terlalu asing. Di situlah, dia menyedari bahawa akidahnya sedang dipermainkan. Kehadiran doktor muda, Rian Hazriq telah menjadi penguat semangat Qistina. Jejaka itu bukanlah seorang ustaz atau orang alim yang menjadi dambaannya, tetapi setiap kata Hazriq yang telah mengusik perasaannya. Ketika kehilangan Qistina yang penuh misteri, Hazriqlah yang paling bimbang. Dia berusaha untukmencari gadis itu. Ada sesuatu yang mahu disampaikan kepadanya. Ia adalah tentang suara hatinya. Hazriq amat gusar seandainya semua itu terlewat.

This Book was ranked 25 by Google Books for keyword hati wanita.

Thank you
E-Book University